SURAT MOHON SUMBANGAN DENGAN WAKIL RAKYAT
|
|
20 Januari 2020 |
YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad
bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
Pejabat Setiausaha kerajaan
Negeri Kelantan
Blok 2,Aras 1,Kota
Darulnaim
15503 Kota Bharu
Kelantan
Dato’,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI PROGRAM TEMASYA SUKAN TAHUNAN
Hamba Dato’,saya dengan
segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa
Kokurikulum SMU (A) Mardziah, Kubang Batang akan mengadakan Temasya Sukan
Tahunan sebagaimana berikut:
Tarikh: 12 Februari 2020
Hari: Rabu
Masa: 7.30 pagi – 2.30 petang
Tempat: Perkarangan SMU(A) Mardziah Kubang
Batang
3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan dalam bentuk kewangan sebanyak
RM3000.00 bagi menampung perbelanjaan program tersebut. Bersama-sama ini
disertakan salinan kertas kerja program untuk rujukan dan penelitian pihak
Dato’.
4. Jika ada
sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Dato’ boleh menghubungi En.
Wan Md. Zaki Bin Wan Abu Bakar (Penolong Kanan Ko Kurikulum SMU(A) Mardziah
Kubang Batang) di talian 019-9935653.
Perhatian daripada Dato’, saya
dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
“RAJA
BERDAULAT, RAKYAT MUAFAKAT, NEGERI BERKAT”
“MEMBANGUN
BERSAMA ISLAM”
“KEUNGGULAN
PENDIDIKAN ASAS KETAKWAAN”
Saya yang
menjalankan amanah,
………………………………..
ROZMAN BIN
ZAKARIA
Pengetua
SMU(A) Mardziah
Kubang Batang
Ulasan
Catat Ulasan